Komponen

Perbezaan Mixer, Mixer Amp dan Amplifier dalam PA Sistem Surau dan Masjid

Kali ini kami nak ceritakan tentang 3 jenis equipment dalam bilik PA yang selalu digunakan untuk PA sistem surau dan masjid iaitu :

  1. Mixer
  2. Amplifier / Power Amplifier
  3. Mixer amp / Power Mixer

1. Mixer

Mixer ini adalah satu alat yang memproses input. Kebiasaannya input ni adalah input mic, tetapi ada juga dari input lain (bergantung kepada spec model dan brand tersebut)

2. Amplifier / Power Amplifier

Amplifier atau lebih senang kita panggil sebagai amp, adalah satu alat yang menguatkan signal daripada mixer untuk dikeluarkan di speaker.

Amp ini juga sering dipanggil Power Amp, jadi jangan confused pulak ye! Kedua-duanya adalah benda yang sama.

3. Mixer Amp / Power Mixer

Mixer amp pula adalah satu alat yang di mana ada mixer dan juga amplifier didalamnya. Kiranya macam 2 in 1 lah…

Biasanya mixer amp ini kami cadangkan untuk surau kecil di mana sistem sound mereka adalah sistem yang simple.

Dengan mixer amp sahaja, boleh beri power kepada speaker untuk keluarkan bunyi..

Mixer amp ini juga sering kita panggil sebagai power mixer.

Ok, sekarang dah tahu dah beza ketiga-tiga barang ni kan ? Apakah yang sebaiknya barang atau komponen yang perlu ada dalam PA Sistem ?

Pada pandangan kami, untuk dapatkan sistem yang proper, perlu ada power amp dan juga mixer. Jika ada kedua-dua ini, in shaa Allah sound system akan berfungsi dengan baik.

Power amp dan mixer tidak boleh berfungsi secara independent, jadi perlu ada kedua-duanya bagi membolehkan sistem berfungsi. Lain pula dengan mixer amp, mixer amp ni independent, tetapi kami cadangkan penggunaan mixer amp ini untuk surau-surau kecil yang mempunyai sistem yang sangat simple.

Kami harap dengan info yang kami berikan, dapat memberi pencerahan kepada AJK surau dan juga masjid.

Bagi anda yang mencari barangan untuk PA sistem surau dan masjid, selain daripada menjual, pasystemmasjid.com juga ada membuat installation dan selenggara barangan  untuk PA Sistem surau dan masjid. Jika anda mempunyai sebarang masalah atau perlukan khidmat nasihat, boleh juga hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Nurhamizah Hamzah

View Comments

Recent Posts

Azan Terhenti, Power Amp Rosak! | Misi Penyelamat Muazzin AV!

Bayangkan azan tiba-tiba senyap! Situasi panik sebuah surau di Bangi bila power amp rosak. Team…

1 week ago

Testimoni | Masjid Kariah Kampung Sungai Jai | Lenggeng, Negeri Sembilan

https://youtu.be/pD4Au4VnKFQ Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada Pengerusi iaitu…

2 weeks ago

Speaker Masjid Di Belakang | Boleh Buat OTAK Jemaah Keliru!

https://youtu.be/wgNTp5ftjF0 Kenapa pemasangan speaker di masjid perlu diperhalusi? Speaker di belakang mungkin Nampak biasa, tapi…

3 weeks ago

Masjid Tertua di Melaka: Masjid Tengkera

Jejakkan kaki ke sejarah! Dibina pada abad ke-18, Masjid Tengkera adalah perkembangan Islam di Melaka.…

4 weeks ago