01 KETINGGIAN TIANG SPEAKER AZAN
Dalam pemasangan tiang speaker azan, ketinggian tiang adalah antara aspek penting yang perlu dititikberatkan. Ini kerana ketinggian tiang memainkan peranan bagi memastikan sejauh mana capaian dan kejelasan bunyi yang keluar dari speaker azan.
02 LOKASI TIANG SPEAKER AZAN
Seperti yang kita maklum, lokasi dan kedudukan tiang kebiasaannya memang di luar bangunan surau dan masjid. Tapi haruslah diambil berat kedudukannya.
Maksud kami di sini adalah pastikan lokasi tiang tersebut tidak berdekatan dengan mana-mana tiang elektrik. Ini bagi mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Ia juga memudahkan bagi proses servis speaker azan tersebut.
Selain dari itu, lebih baik jika kedudukan tiang tersebut tidak terganggu oleh mana-mana infrastruktur. Dibimbangi bunyi terhalang dan penduduk setempat tak dengar azan semasa dilaungkan.
03 JENIS TIANG SPEAKER AZAN
Jenis tiang speaker azan juga penting untuk memastikan speaker azan mudah diselia dari semasa ke semasa jika berlaku sebarang masalah terhadap speaker. Tiang juga perlulah kukuh dan mempunyai tapak yang kuat bagi menyokong tiang tersebut.
04 POSISI ARAH SPEAKER MENARA AZAN
Posisi speaker juga perlu dititikberatkan pada menara azan supaya bunyi yang dikeluarkan dapat didengari di setiap sudut surau dan masjid. Para AJK perlu bijak dalam menentukan kedudukan speaker berdasarkan jenis speaker yang digunakan dan keman ia akan ditala.
PERHATIAN KEPADA AJK MASJID DAN SURAU
Jika surau di kawasan Tuan – tuan belum ada tiang untuk meletakkan speaker horn dan ingin buat installation, Tuan – tuan disarankan supaya menggunakan “collapsible pole”. Kenapa?
Hubungi kami di
wasap.my/60194988578/collapsablepole
untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana kami boleh bantu masjid dan surau tuan.
Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan dalam memelihara PA Sistem di surau dan masjid, inshaaAllah
“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa Membazir, In Shaa Allah”
Bayangkan azan tiba-tiba senyap! Situasi panik sebuah surau di Bangi bila power amp rosak. Team…
https://youtu.be/lWKGlqi1mTA
https://youtu.be/pD4Au4VnKFQ Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada Pengerusi iaitu…
https://youtu.be/B-nLzPgXdvc
https://youtu.be/wgNTp5ftjF0 Kenapa pemasangan speaker di masjid perlu diperhalusi? Speaker di belakang mungkin Nampak biasa, tapi…
Jejakkan kaki ke sejarah! Dibina pada abad ke-18, Masjid Tengkera adalah perkembangan Islam di Melaka.…