“Assalamualaikum. Boleh saya dapatkan harga untuk PA Sistem? Surau saya surau kecil je. Tak besar mana pun..”
“Mohon tuan berikan quotation harga PA sistem. Boleh saya dapatkan hari ini juga?”
“Boleh tahu at least anggaran harga PA sistem?”
———————————————————————-
Perbualan di atas ini adalah antara soalan yang kerap diajukan kepada kami di PA Sistem Surau dan Masjid berkenaan dengan anggaran bajet PA sistem untuk surau dan masjid.
Ini kerana ia kembali semula pada keperluan surau dan masjid. Ada beberapa perkara yang kami ambil kira sebelum kami keluarkan quotation untuk surau dan masjid.
Pertama sekali, kami perlu tahu permintaan atau pun keperluan setiap surau dan masjid. Keperluan surau dan masjid boleh terbahagi kepada :
– Upgrade PA Sistem
– Revamp / Tukar Baru PA Sistem
– Consultation untuk Masalah
– Installation untuk Surau / Masjid Baru
– Pembelian barangan PA Sistem
Jadi , harga untuk setiap keperluan ini juga berbeza kerana setiap surau dan masjid tidak sama kehendaknya.
Dah tahu keperluan surau dan masjid, kami akan ambil atau minta pelanggan kami untuk berikan kami details surau dan masjid sedetail yang boleh untuk kami mengetahui saiz dan juga bentuk bangunan.
Ini kerana saiz dan bentuk surau dan masjid adalah antara aspek penting yang kami ambil kira untuk kami membuat anggaran barangan yang akan digunakan dalam kerja-kerja kami.
Brand dan model yang kami berikan di dalam quotation kami adalah cadangan barangan yang kami berikan berdasarkan keperluan surau dan masjid tuan-tuan.
Ini kerana kami ingin memastikan barangan yang dicadangkan dapat digunakan secara optimum untuk PA sistem surau dan masjid.
Quotation yang kami berikan juga bergantung kepada sekompleks mana sistem tersebut. Kebiasaannya, untuk customer yang hendak upgrade PA sistem, kami perlu tahu tentang PA sistem yang sedia ada di surau dan masjid mereka.
Jika perlu (bergantung pada request customer), kami akan datang site visit untuk lihat sistem mereka.
Ini antara perkara yang kami ambil berat untuk kami keluarkan quotation. Kami perlu tahu bajet surau dan masjid untuk PA sistem.
Ada sesetengah surau dan masjid yang punyai bajet yang cukup (Alhamdulillah), tetapi ada juga yang kekurangan dana untuk membuat perubahan terhadap PA Sistem mereka.
Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan quotation yang bersesuaian dengan bajet surau dan masjid. InshaaAllah, barangan yang berkualiti serta harga yang berpatutan dengan solusi yang kami berikan.
Untuk tentukan bajet untuk PA Sistem pula, ada aspek yang perlu diambil kira. Untuk tahu, KLIK SINI.
Jadi, ini adalah antara sebab kenapa kami mengambil sedikit masa untuk mengeluarkan quotation kepada pelanggan kami.
Terima kasih kepada semua pelanggan kami yang mempercayai servis kami dan terus menyokong kami bagi merealisasikan visi kami untuk membantu lebih banyak surau dan masjid dalam mendapatkan PA Sistem yang terbaik.
“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa MEMBAZIR, inshaaAllah”
#afepasistem #pasistemsuraumasjid #pasistemsurau #pasistemmasjid #pasistem #pasystem #surau #masjid #quotation #alunanfirdausi #afe
Bayangkan azan tiba-tiba senyap! Situasi panik sebuah surau di Bangi bila power amp rosak. Team…
https://youtu.be/lWKGlqi1mTA
https://youtu.be/pD4Au4VnKFQ Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada Pengerusi iaitu…
https://youtu.be/B-nLzPgXdvc
https://youtu.be/wgNTp5ftjF0 Kenapa pemasangan speaker di masjid perlu diperhalusi? Speaker di belakang mungkin Nampak biasa, tapi…
Jejakkan kaki ke sejarah! Dibina pada abad ke-18, Masjid Tengkera adalah perkembangan Islam di Melaka.…
View Comments
mohon sebut harga untuk longhorn speaker. tk