KENAPA KAMI TIADA READY MADE PACKAGE PA SISTEM UNTUK SURAU DAN MASJID

Assalamualaikum semua…

Banyak surau dan masjid datang kepada kami dan bertanyakan tentang harga dan pakej PA sistem untuk surau dan masjid. Untuk pengetahuan semua, setiap surau dan masjid ada kisah sound dan pa systemnya tersendiri.

Setiap surau dan masjid pula keperluan PA sistemnya juga berbeza. Jadi, kami memang tidak sediakan pakej ataupun berikan standard harga yang biasanya diminta oleh pelanggan-pelanggan kami..

Ini adalah kerana kami mahu bertindak adil dalam memberikan solusi PA Sistem kepada surau dan masjid.

Solusi PA Sistem yang kami berikan kepada surau dan masjid adalah berdasarkan keperluan surau dan masjid dalam beberapa perkara :

1. SAIZ DAN REKA BENTUK SURAU / MASJID

Saiz dan reka bentuk surau dan masjid sudah pasti berbeza untuk setiap surau dan masjid. Jadi, keperluan PA sistem juga berbeza dan saiz serta reka bentuk surau dan masjid sebenarnya mempengaruhi kuantiti barangan yang digunakan untuk PA sistem surau dan masjid.

2. BENTUK ATAU JENIS SOLUSI

Solusi PA sistem ada pelbagai; ada partial dan ada full solution untuk PA Sistem surau dan masjid.

3. TAHAP KERUMITAN SISTEM

Solusi PA system yang kami berikan adalah bergantung sekompleks mana sesuatu sistem di surau dan masjid. Jadi harga juga berbeza mengikut tahap kerumitan sistem tersebut.

4. KUANTITI DAN JENIS BARANGAN

Kuantiti dan jenis barangan juga memberi kesan kepada harga solusi yang kami berikan untuk PA system surau dan masjid. Semakin banyak kuantiti dan ada kepelbagaian barangan, harga mungkin akan meningkat.

5. BAJET

Ini adalah perkara atau pun faktor yang paling penting dalam menentukan solusi PA sistem.

Jika banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan PA sistem berfungsi dengan baik, maka bajet yang diperlukan juga tinggi..

Kami di pasystemmasjid.com mencuba yang terbaik untuk memberikan solusi PA sistem bergantung kepada bajet yang surau dan masjid ada mengikut keperluan mereka.

Lima (5) perkara di atas adalah yang perlu kami ambil kira dalam menentukan harga untuk solusi PA sistem surau dan masjid. Oleh kerana itu, ready made package atau pun standard harga untuk PA sistem ini memang kami tak dapat berikan kepada anda..

Cara terbaik adalah kami datang site visit ke surau dan masjid tuan-tuan dan puan-puan. Alternatif yang lain adalah tuan-puan berikan kami details yang lengkap berkenaan surau dan masjid (gambar surau / masjid dan gambar sistem sedia ada, lokasi, layout plan, dan sebagainya).

Diharapkan agar semua pelanggan-pelanggan kami ambil maklum dan faham tentang bagaimana harga untuk PA sistem ini ditentukan. Terima kasih kerana sudi menyokong kami di pasystemmasjid.com. Doakan kami supaya kami dapat menyantuni lebih banyak surau dan masjid di masa hadapan, inshaaAllah.

“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa Membazir, InshaaAllah”

 


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *