Assalamualaikum semua.
Post kali ini kami nak share tentang 4 perkara yang membuatkan jemaah selesa apabila berada di surau dan masjid.
Nak tahu apa 4 perkara itu?
– Bila kita solat atau mendengar tazkirah, pastinya anda inginkan suhu dan persekitaran yang selesa kan? Suhu yang selesa; tak terlampau sejuk, tak terlalu panas semestinya membolehkan kita untuk menunaikan ibadah dengan tenang dan khusyuk in shaa Allah. Sejuk tak semestinya perlukan aircond, kipas pun dah cukup memadai. Tetapi, haruslah diingatkan bergantung kepada bajet surau dan masjid anda juga ye..
– Tempat solat yang berbumbung adalah lebih selesa dari tempat solat yang tidak berbumbung. Dapat juga kita berteduh dari hujan panas kan?
– Tempat sujud yang bersih in shaa Allah dapat mengelakkan daripada kita terdedah kepada habuk. Keselesaan di tempat sujud juga penting, jadi surau dan masjid perlu memastikan karpet yang digunakan di ruang solat adalah lembut dan tidak terlampau keras.
– Semestinya ini juga adalah perkara yang penting perlu dititikberatkan di setiap surau dan masjid. PA sistem yang sedap didengar ini adalah PA sistem yang bunyinya JELAS DAN TERANG (banyak surau dan masjid mempunyai PA sistem yang kuat, tetapi tidak jelas dan terang), tidak terlampau kuat dan bunyinya menyeluruh (sekata) ke semua kawasan di surau atau pun masjid.
Ketahui kenapa PA sistem yang sedap didengar penting untuk keselesaan jemaah DI SINI
Jadi, marilah kita bersama-sama memastikan 4 perkara ini dijaga supaya kita dapat menjalani ibadah di surau dan masjid dengan selesa. in shaa Allah
Bayangkan azan tiba-tiba senyap! Situasi panik sebuah surau di Bangi bila power amp rosak. Team…
https://youtu.be/lWKGlqi1mTA
https://youtu.be/pD4Au4VnKFQ Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada Pengerusi iaitu…
https://youtu.be/B-nLzPgXdvc
https://youtu.be/wgNTp5ftjF0 Kenapa pemasangan speaker di masjid perlu diperhalusi? Speaker di belakang mungkin Nampak biasa, tapi…
Jejakkan kaki ke sejarah! Dibina pada abad ke-18, Masjid Tengkera adalah perkembangan Islam di Melaka.…