Komponen

Faktor Bajet PA Sistem Surau dan Masjid

Apa dia faktor yang menentukan bajet untuk pa sistem surau dan masjid?

Pengenalan

SOALAN INI BANYAK KAMI DAPAT… jadi?

Jom kami share beberapa faktor yang perlu anda ambil kira untuk bajet atau kos PA system untuk surau dan masjid tuan tuan..

Faktor Menentukan Bajet PA Sistem

Faktor yang menentukan bajet PA Sistem untuk surau dan masjid ada lima (5). Nak tahu apa dia ?

Teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut

Saiz dan Reka Bentuk Surau / Masjid

Ini adalah faktor yang paling penting kerana saiz dan reka bentuk sesebuah surau atau masjid menentukan berapa jumlah barangan PA sistem yang akan diperlukan untuk installation PA sistem.

Semakin besar saiz surau/masjid, makin banyak bajet yang diperlukan untuk memastikan PA sistem dapat berfungsi dengan baik dan lancar.

Keperluan PA Sistem yang Lengkap

Keperluan PA sistem ini berkait rapat dengan point pertama yang kami sudah terangkan di atas. Bilangan barangan PA sistem juga penting dalam menentukan bajet. Pihak ajk surau dan masjid kena tahu berapa banyak mic dan speaker yang surau/masjid perlukan?

Posisi barangan PA sistem juga penting untuk bajet kerana ia juga akan mempengaruhi jenis barangan yang diperlukan. Kami ambil contoh, speaker. Jika inginkan speaker di luar surau/masjid, speaker horn akan digunakan. Jika speaker di dalam bangunan, box speaker atau column speaker biasanya digunakan.

Nak tahu keperluan apa yang perlu ada untuk PA Sistem surau dan masjid? KLIK SINI

Brand dan Jenis Peralatan yang digunakan

Barangan PA Sistem ini juga bergantung kepada brand. Sekiranya brand yang ingin digunakan adalah dari jenis yang berkualiti tinggi, kebiasaannya harga barangan itu lebih tinggi.

Bajet juga bergantung kepada jenis barangan yang anda gunakan. Contoh, mikrofon terbahagi kepada beberapa jenis. Mikrofon handheld (pegang di tangan), mikrofon wireless, headset mic, klip mic dan sebagainya. Setiap jenis mikrofon ini mempunyai range harga yang berbeza.

Workmanship dan Masa Installation

Jika tenaga kerja yang digunakan ramai, mungkin bajet akan jadi lebih tinggi. Berapa lama masa yang diperlukan untuk installation juga akan menentukan bajet PA sistem itu sendiri.

Installer yang Professional

Installer yang professional sudah semestinya kos agak tinggi. Tapi akan memastikan solusi yang diberikan memuaskan hati kariah surau / masjid tuan tuan…

Jadi di atas adalah faktor-faktor yang tuan-tuan dan puan-puan perlu ambil kira..

Semoga dengan perkongsian ini, dapat membantu anda dalam menentukan bajet yang sesuai untuk installation ataupun upgrade PA sistem di surau dan masjid.

Jika ada lagi faktor-faktor yang anda rasa penting dalam menentukan bajet PA sistem, boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Nurhamizah Hamzah

Recent Posts

Azan Terhenti, Power Amp Rosak! | Misi Penyelamat Muazzin AV!

Bayangkan azan tiba-tiba senyap! Situasi panik sebuah surau di Bangi bila power amp rosak. Team…

2 weeks ago

Testimoni | Masjid Kariah Kampung Sungai Jai | Lenggeng, Negeri Sembilan

https://youtu.be/pD4Au4VnKFQ Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada Pengerusi iaitu…

3 weeks ago

Speaker Masjid Di Belakang | Boleh Buat OTAK Jemaah Keliru!

https://youtu.be/wgNTp5ftjF0 Kenapa pemasangan speaker di masjid perlu diperhalusi? Speaker di belakang mungkin Nampak biasa, tapi…

4 weeks ago

Masjid Tertua di Melaka: Masjid Tengkera

Jejakkan kaki ke sejarah! Dibina pada abad ke-18, Masjid Tengkera adalah perkembangan Islam di Melaka.…

4 weeks ago