Assalamualaikum semua!

Untuk video kali ini kami nak ceritakan tentang 11 masalah pa sistem yang sering berlaku di surau dan masjid.

Jom lihat sama ada pernah tak surau atau masjid anda berdepan dengan perkara ini..

1. AZAN TIDAK DIDENGARI OLEH KARIAH

Kita perasan jam dah nak masuk waktu solat, tapi lepas beberapa minit lepas tu laungan azan tak kedengaran dari surau atau masjid berdekatan.

Kita tunggu azan berkumandang sebab nak kejar solat jemaah… tapi tetap tak berbunyi.. Sampai di surau atau masjid, dah jadi makmum masbuk sebab imam dah start dulu..

2. SUARA IMAM PERLAHAN KETIKA SOLAT

Ketika nak mula solat, kita dah berdiri dalam saf dan fokus. Tapi dah lama berdiri tak sure imam dah mula solat ke tak..Suara imam tak dengar pun ketika angkat takbir.

Tapi bila dah nampak saf depan dah angkat takbir kita pun cepat-cepat angkat takbir.. Ketika solat, kita macam ragu-ragu untuk ke rukun yang seterusnya sebab kita tak dengar suara imam..

3. SUARA PUTUS-PUTUS

Keadaan ni selalunya terjadi semasa sesi tazkirah atau ceramah. Bila ustaz atau penceramah datang pihak surau atau masjid akan sediakan mic.

Kadang-kadang, ada masanya selalu putus-putus suara ustaz masa beri tazkirah. Sampai ada yang isinya kita tak dapat tangkap sebab asyik terputus-putus suaranya.

4. TAK CUKUP INPUT MIKROFON PADA MIXER

Pernah tak bila kita nak guna mic yang banyak untuk karnival atau program yang besar di surau dan masjid, kita tak cukup input mic di mixer.

Contohnya, kita nak guna 6 mic, tapi input di mixer kita ada 5 je.. Tak ke haru dan kelam-kabut AJK surau dan masjid nak cari backup plan.. ye dak?

5. ‘BANYAK TANGAN’ USIK PA SISTEM

PA Sistem kita dah cantik dah letak dekat server rack.. baru je lepas buat penambahbaikan PA sistem. tup tup lepas 2 minggu ada problem balik.

Bila cek balik sebab apa sound system ada problem.. tengok setting mixer dan power amp di server rack berubah.. macam ada orang usik..

Jom tengok video untuk 6 lagi masalah pa sistem yang selalu dihadapi oleh surau dan masjid.

 

6. PA SISTEM ROSAK DISAMBAR PETIR

Satu malam, hujan turun lebat. Petir dan kilat sabung-menyabung dan esok paginya nak azan untuk solat subuh. Duk tekan-tekan suiz, tak on-on pun pa system. Sekali cek, macam ada bau terbakar.

7. PA SISTEM TAK FRIENDLY, AJK KENA ADA UNTUK ON SOUND SISTEM

Dah nak masuk waktu solat, tapi takde sesiapa di surau lagi. Bila nak azan, tak dapat pulak nak buat sebab mic azan ada di bilik sound system dan bilik berkunci. Kena tunggu AJK yang pegang kunci untuk datang buka bilik PA system.

8. TAK TAHU SPEAKER MANA YANG SESUAI

AJK nak tukar speaker yang sedia ada kepada yang baru. Tapi bila buat perbincangan sesama AJK, masing-masing tak sure speaker mana yang sesuai untuk sound system surau..

Baik dari segi brand, model, harga… sebabnya tak tahu sangat aspek teknikal PA sistem.

9. TAK TAHU MASALAH, YANG TAHU BUNYI TAK SEDAP JE..

Pernah tak PA sistem ada problem? bunyi ‘wiiiiiing’ asyik keluar masa solat atau tazkirah..

Puas dibelek mic, adjust setting di power amp dan mixer tapi tetap tak selesai masalah.. Cuba cari punca masalah tapi sampai ke sudah tak jumpa..

10. ADA SPEAKER DALAM RUANG SOLAT YANG SEDAP, ADA YANG TAK SEDAP

Bila balik dari surau atau masjid, isteri/mak/adik/kakak/nenek beritahu yang masa solat, tak dengar suara imam di speaker. Tapi di ruang solat utama takde masalah pun. Speaker ok je.

Cek semula esoknya, memang betul speaker di ruang solat wanita ada problem.

11. BUNYI PA SISTEM DAH KUAT, TAPI TAK JELAS

PA sistem bunyi kuat, kuat dah.. tapi sayang tak jelas. Dengar kuat sangat bunyi berdengung, lepas tu suara tak jelas; tak dapat nak dengar butir perkataan. Kadang-kadang dengar macam suara tu masuk ke dalam speaker.

Ok, sekarang dah tahu kan 11 perkara yang sering berlaku di surau dan masjid?

Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu bijak dalam mencari solusi.

Solusi ini dapat dicapai dengan :
– Barangan yang baik dan berkualiti
– Cara installation, tuning dan penggunaan yang betul
– Installer yang berpengalaman dalam PA sistem surau dan masjid

Semoga apa yang kami kongsikan ini bermanfaat untuk anda semua inshaaAllah

“Memberi Solusi Audio Visual tanpa Membazir, InshaaAllah”

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *