Komponen

Komponen PA Sistem Surau dan Masjid

Ketahui Komponen PA Sistem Untuk Surau dan Masjid

Pengenalan

Assalamualaikum semua.

Haa.. berkenaan dengan soalan kami di atas tu, tuan-tuan dan puan-puan tahu apa itu PA Sistem?

“Yang dipasang dekat surau dan masjid tu kan?”

Betul tu.. tapi mari kami terangkan secara asas tentang PA Sistem ni..

Komponen PA Sistem

Kalau nak tahu sekali tentang komponen yang ada di dalam PA sistem dan macam mana proses di dalam PA sistem terjadi, jom tengok video di bawah ini..

Seperti yang kita sedia maklum di dalam sesuatu proses, ada 3 elemen; iaitu input, process dan output.

Ada 4 komponen utama yang digunakan iaitu mikrofon, mixer, amplifier dan juga speaker.

Bagaimana proses ini berlaku ? Jom baca di bawah untuk mengetahui bagaimana bunyi dihasilkan dalam PA sistem untuk surau dan masjid.

Input

Di dalam elemen input ini, kita gunakan mikrofon. Gelombang akustik diambil daripada input mikrofon, iaitu suara yang masuk ke dalam mikrofon.

Jenis-jenis mikrofon adalah seperti berikut :

  1. Handheld microphone
  2. Clip microphone
  3. Headset microphone
  4. Gooseneck microphone

Untuk tahu lebih lanjut tentang kegunaan mikrofon – mikrofon ini, boleh klik DI SINI.

Berminat untuk membeli mikrofon? Boleh terus hubungi kami DI SINI

Process

Di dalam fasa ini, komponen mixer digunakan.. Aliran akustik yang diterima daripada mikrofon akan dibawa ke mixer dan diproses di mixer.

Output

Untuk fasa output ni pulak ada 2 komponen yang digunakan iaitu amplifier dan juga speaker.

Selepas signal itu diproses di mixer, ia akan dialirkan ke amplifier untuk dikeluarkan melalui output speaker.

Speaker ini terdiri daripada beberapa jenis :

  1. Horn speaker
  2. Column speaker
  3. Box speaker
  4. Line array speaker

Nak tahu kesesuaian dan fungsi speaker ini? Jom baca DI SINI.

Jadi, ini adalah komponen asas yang perlu ada di dalam PA Sistem.

Apa-apa pun keperluan PA sistem untuk surau dan masjid, ia bergantung kepada saiz, reka bentuk dan juga complexity sesebuah sistem yang ada di surau dan masjid tersebut.

Semoga apa yang kami sampaikan ini bermanfaat buat anda..

Jika rasa video ini berguna untuk orang lain, jangan lupa utk like & share ye!

“Memberi Solusi yang Terbaik kepada Surau dan Masjid Tanpa MEMBAZIR, In shaa Allah”

Nurhamizah Hamzah

Recent Posts

WOW, Masjid MADAD, Kedah Memang Lain Dari Yang Lain!

https://youtu.be/qGDj00jepQ8 Digital LCD besar terpampang di luar masjid—macam Times Square versi Kedah! PA Sistem ditempatkan…

12 hours ago

Review PA Sistem : Speaker Mahal tapi kenapa bunyi teruk?

https://youtu.be/FQnS8XkFSi0 Pernah rasa kecewa bila speaker yang dipasang dah mahal dah. Tapi bunyinya tak semenggah.…

5 days ago

Testimoni Surau Al Kautsar Sri Sedeli, Klang

Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada Pengerusi Surau Al…

1 week ago

Testimoni | Surau Elmina Gardens | Shah Alam

https://youtu.be/8DIi_UCERus Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada AJK Surau…

2 weeks ago

Azan di pergunungan Kosovo! Masya Allah…

https://youtu.be/izgE9wEAUG8

3 weeks ago