Komponen

Setup PA Sistem Sendiri VS Upah Installer

Pengenalan

Assalamualaikum semua…

Kami nak tanya sikit lah..

Antara setup PA sistem untuk surau dan masjid sendiri atau upah installer, yang mana lebih baik ye ?

Ada sesiapa yang boleh jawab tak ? Nak dengar sikit pendapat AJK-AJK surau dan masjid yang ada dekat sini..

Setup PA Sistem Sendiri

Kalau barang PA sistem dah ada untuk setup, ada pulak orang volunteer nak tolong setupkan. Alhamdulillah, sangat bagus menyumbang untuk surau dan masjid..

Tapi apa pulak kelebihan dan kekurangan kalau kita setup PA sistem sendiri ?

Jom baca kat bawah ini untuk tahu lebih lanjut..

PROS

Jimat masa pemasangan PA sistem

Setup PA sistem ni biasanya memang akan ambil masa bergantung pada sekompleks mana sistem yang kita nak setup untuk surau dan masjid.

Bila kita setup PA sistem sendiri, kita dah tak perlu tunggu-tunggu. Bila keputusan dah dicapai, dah boleh terus setup sampai siap.

Jimat kos pemasangan PA sistem
Bila kita setup PA sistem sendiri, kita dah boleh jimat pada kos atau pun upah pemasangan. Sebab bila kita setup sendiri, tak perlu ambil tenaga kerja luar dan kos dah dapat dikurangkan di situ.

TAPI!

Tahukah anda bahawa lebih banyak keburukan jika kita setup PA sistem sendiri?

Nak tahu apa dia ? Jom sambung baca di bawah..

CONS

Sistem tak dipasang dengan betul

Ini adalah kemungkinan besar yang akan terjadi sekiranya kita setup PA sistem sendiri. Bila sistem dah dipasang, sound system tak berbunyi lah pulak.. Bila kita cek, kita tak tahu nak detect masalahnya di mana..

Kualiti Audio Terjejas disebabkan Setting/Tuning yang tak betul

Bila dah setting semua dah, speaker pun berbunyi. Tapi sayangnya, bunyi yang keluar di speaker tak sedap didengar di telinga jemaah. Kadang-kadang sampai boleh menjejaskan konsentrasi jemaah ketika berada di surau dan masjid.

Salah beli barangan PA Sistem yang sesuai

Ini adalah perkara yang paling kami bimbangkan kerana jika ini dilakukan banyak kali, ia secara tak langsung akan menyebabkan kos melambung naik. Katakanlah , kita beli barang dan dah setup tapi sistem sound tetap tak keluar.

Cuba lagi beli barang dari brand B, tetap juga ada problem. Beli lagi barang brand C, masih lagi sistem bermasalah. Bila tengok, rupanya-rupanya barangan yang dibeli tu tak sesuai dengan keperluan PA sistem di surau dan masjid. Jadi, di situ dah berlaku pembaziran. Jadi, berhati-hati ya!

Upah Installer

Apa pulak kelebihan kalau upah Installer untuk setup PA sistem?

PROS

Tak Perlu Pening Dengan Masalah PA Sistem

Bila kita upah installer, kita dah serahkan isu kepada installer jadi tak perlu nak pening-pening untuk selesaikan isu pa sistem. Kita biarkan installer yang settlekan sampai siap.

Dapat Khidmat Nasihat Berkenaan PA Sistem

Sebelum installer setup atau upgrade PA sistem, biasanya installer akan tengok dahulu sistem dan akan bagi consultation berkenaan PA sistem. Jadi, sedikit sebanyak kita dapat tahu tentang masalah sebenar yang menyebabkan PA sistem tak berfungsi..

CONS

Tersilap pilih Installer

Ini pun sebenarnya adalah perkara yang paling berisiko utk AJK surau dan masjid. Kadang-kadang tu, banyak dah kos dihabiskan untuk panggil installer baiki PA sistem tapi sistem masih lagi tak dapat berfungsi dengan baik.

Sebaiknya carilah installer yang berpengalaman dalam bidang PA sistem untuk surau dan masjid.

Jadi, mana satu yang lebih baik ?

Bagi kami , kedua – dua ini masing-masing punya kelebihan tersendiri.

Tuan-tuan boleh setup PA sistem sendiri seandainya tuan mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang cukup dalam bidang audio technical ni. Jika tuan ada kedua-dua ini, in shaa Allah tak menjadi masalah.

Boleh juga untuk ambil jalan upah installer tetapi perlulah memilih installer yang betul supaya PA sistem surau dan masjid tuan-tuan dapat dimanfaatkan dan tahan lama.

Apa kata anda? Jom share pendapat anda di ruangan komen di bawah..

“Memberi Solusi Audio Visual Tanpa Membazir, InshaaAllah”

#infoafepasistem #afepasistem #pasistemsuraumasjid #pasistemsurau #pasistemmasjid #pasystem #pasistem #surau #masjid #setupsendiri #upahinstaller #alunanfirdausi #afe

Nurhamizah Hamzah

Recent Posts

WOW, Masjid MADAD, Kedah Memang Lain Dari Yang Lain!

https://youtu.be/qGDj00jepQ8 Digital LCD besar terpampang di luar masjid—macam Times Square versi Kedah! PA Sistem ditempatkan…

23 hours ago

Review PA Sistem : Speaker Mahal tapi kenapa bunyi teruk?

https://youtu.be/FQnS8XkFSi0 Pernah rasa kecewa bila speaker yang dipasang dah mahal dah. Tapi bunyinya tak semenggah.…

5 days ago

Testimoni Surau Al Kautsar Sri Sedeli, Klang

Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada Pengerusi Surau Al…

1 week ago

Testimoni | Surau Elmina Gardens | Shah Alam

https://youtu.be/8DIi_UCERus Masya Allah, segala pujian hanya kepada Allah Azza Wajalla. Terima kasih kepada AJK Surau…

2 weeks ago

Azan di pergunungan Kosovo! Masya Allah…

https://youtu.be/izgE9wEAUG8

3 weeks ago