CABARAN AJK SURAU DAN MASJID DALAM MENCARI PA SISTEM TERBAIK

BAHAGIAN 4 : PEMBAZIRAN

Assalamualaikum semua. Ok, kali ini kita nak sambung lagi tentang cabaran AJK surau dan masjid dalam mencari PA sistem terbaik.

Cabaran yang berikutnya adalah PEMBAZIRAN.

Kenapa kami nyatakan pembaziran adalah salah satu cabaran AJK surau dan masjid?

Bagi mendapatkan PA sistem terbaik, surau dan masjid haruslah mempunyai dana yang cukup untuk menampung perbelanjaan. Dana surau dan masjid pula kebanyakannya terhad; tak semua surau dan masjid mempunyai dana yang cukup untuk PA sistem kerana banyak cabang keperluan dana tersebut.

Pembaziran terjadi adalah disebabkan oleh beberapa faktor :

1. SISTEM YANG TAK CUKUP KUAT DAN TAK CUKUP JELAS

Bila sistem yang diinstall itu tak cukup kuat dan tak jelas, ia akan menyebabkan system tu terpaksa dirombak.

Bila dirombak, kemungkinan besar barang-barang yang ada terpaksa diganti untuk mendapatkan sistem yang betul dan quality sound yang diperlukan oleh surau dan masjid.

Jadi, ia adalah satu pembaziran di mana surau dan masjid perlu keluarkan dana tambahan untuk menggantikan barangan yang ada kepada yang baru.

2. SISTEM YANG ‘OVERSPEC’ UNTUK KEPERLUAN SURAU DAN MASJID

Pembaziran juga boleh berlaku disebabkan keperluan yang tak sesuai atau tak sepatutnya ada di surau dan masjid.

Contohnya : pa sistem yang diinstall untuk satu surau yang kapasiti penuh jemaahnya dalam 300 orang adalah sistem 8 speaker (bahagian dalam).

Kenapa kami kata ia membazir?

Bagi surau atau masjid yang mempunyai kapasiti maksimum dalam 300 orang, sistem 4 speaker sebenarnya sudah memadai.

Jadi, ia akan berlaku pembaziran kerana surau perlu membayar kos untuk 4 speaker tambahan berserta dengan installationnya. Kos yang sepatutnya dapat dikurangkan terpaksa digunakan.

3. BELANJAKAN DUIT UNTUK MASALAH YANG SAMA

Ini adalah antara situasi yang banyak berlaku kepada surau dan masjid. Surau dan masjid belanjakan lebih RM 2000 ke atas setahun untuk selesaikan masalah yang kerap berulang.

Memang betul, kita belanjakan duit untuk tujuan maintenance dan sebagainya.. Tetapi ada sesetengah solusi dia hanya selesaikan masalah tetapi TIDAK ADA PENAMBAHBAIKAN terhadap masalah tersebut.

Jadinya duit banyak habis pada untuk selesaikan masalah. Bila masalah berlaku, panggil installer betulkan, dan buat bayaran.

Kitaran ini akan berulang dan berulang jika tiada penambahbaikan dibuat terhadap solusi yang diberi kepada surau dan masjid.

Jadi , ini adalah faktor-faktor yang menyebabkan pembaziran berlaku dalam memastikan PA sistem di surau dan masjid sentiasa mudah dijaga, berfungsi dengan baik dan tahan lama.

Untuk lihat sedutan video cabaran mencari PA sistem terbaik mengikut bahagian:
Bahagian 1:

Bahagian 2 :

Bahagian 3 :

Untuk lihat video penuh untuk cabaran-cabaran yang lain :

Lihat video penuh cabaran dan solusi untuk mendapatkan pa sistem terbaik :

 


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *