Review Masjid : Bila Mana Audio di Ruang Solat Luar Lebih Berkualiti dari Ruang Solat Utama, Apa Masalahnya?

BILA MANA RUANG SOLAT LUAR, LEBIH SEDAP BUNYINYA DARI RUANG SOLAT UTAMA.

Perkara begini tak sepatutnya terjadi. Ruang solat utama adalah ruang yang paling banyak digunakan. sewaktu solat waktu, khutbah, kuliah, majoriti penggunaan masjid pasti menggunakan ruang solat utama. Dan sudah pasti namanya pun ruang solat utama wajib mempunyai audio yang terbaik berbanding dengan ruang ruang lain.

Di masjid ini, lain pula jadinya. 😔

Video ini kami rungkai supaya ajk, komiti, kariah dan jemaah boleh pastikan supaya masjid kita yang menjadi nadi atau mercu tanda masyarakat islam setempat ini dapat di optimasikan.

Supaya objektif penubuhan masjid di kawasan tuan-tuan dapat dicapai.

Kami mungkin tak mampu membantu dari segi konten ie pengisian masjid. Tapi kami akan cuba sedaya upaya membantu dari segi infrastruktur (hardware) fizikal masjid iaitu pa sistem / audio system.

Semoga dengan review kami kali ini, dapat membantu tuan-tuan dalam mereview kondisi PA sistem masjid dan surau tuan-tuan semula inshaaAllah.

Doakan kami supaya kami dapat menyantuni lebih banyak surau dan masjid di Malaysia ini. Amiin.
“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa MEMBAZIR, InshaaAllah”