Site Visit Pun Ada Caj Ke?

SITE VISIT PUN ADA CAJ KE ?

Assalamualaikum semua.

Banyak surau dan masjid yang request untuk kami datang site visit ke tempat mereka.

Untuk pengetahuan semua, surau dan masjid yang request untuk site visit bukan tertumpu pada satu kawasan sahaja.

Jadi, bila kami maklumkan yang kami ada kenakan caj untuk site visit,

“Takkan site visit pun nak kena caj?”

Izinkan kami untuk terangkan pada anda semua mengapa setiap site visit kami disertakan dengan caj.

Mentaliti “Nak dapatkan Sales” Dapat Dielak

Dengan caj untuk site visit ini, kami boleh buang mentaliti “kena dapatkan sales juga!”.

Kami tak perlu mendesak semua pelanggan kami untuk beli barangan atau pun servis dengan kami.

Kami datang site visit adalah untuk membantu surau dan masjid mengenal pasti masalah PA sistem mereka.

Ada sesetengah kontraktor/installer (maaf kami tulis begini),

bila surau dan masjid ada masalah PA sistem, mereka minta tukar semua kepada yang baru.

Kami sendiri faham yang kos untuk tukar semua PA sistem ini bukannya murah.

Kadang-kadang itu, puncanya hanyalah dari satu barangan atau masalah kecil sahaja.

Mungkin dengan cara kita tukar satu barang itu, sistem dah boleh berfungsi semula.

Jadi, mentaliti “nak dapatkan sales” itu kami dah boleh tolak ke tepi.

Kami juga boleh beri cadangan kepada surau dan masjid dengan lebih jujur dan terbuka. inshaaAllah

Menampung Kos Perjalanan Ke Surau dan Masjid

Request untuk site visit ke surau dan masjid bukan tertumpu kepada satu kawasan sahaja.

Tetapi pelbagai lokasi di seluruh negara. Malah kami juga ada menerima permintaan dari Singapura dan juga Brunei.

Buat makluman semua, kami beroperasi di Kajang, Selangor.

Jadi, jika hendak site visit luar dari negeri Selangor, sudah semestinya ia menelan belanja.

Sebahagian caj dari site visit itu adalah bagi menampung kos perjalanan pergi dan balik dari surau atau masjid tuan.

Jadi, ini adalah dua sebab mengapa kami mengenakan caj untuk site visit kami.

Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan untuk kami keluar dari negeri Selangor.

Kami harap tuan-tuan dan puan-puan faham sebab kami mengenakan caj untuk site visit kami.

Terima kasih sekali lagi bagi anda yang terus menyokong kami di pasystemmasjid.com .

Doakan kami agar kami dapat menyantuni lebih banyak surau dan masjid inshaaAllah.

untuk full video : 

“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa Membazir, InshaaAllah”