TIPS PENJAGAAN CABLE AGAR TAHAN LEBIH LAMA

Assalamualaikum semua.

Kali ni kami cerita pula bagaimana cara untuk pelihara cable supaya tahan lebih lama.

Cable ni kenalah kita jaga elok-elok supaya dapat berfungsi dan juga tahan lama.

Nak tahu macam mana?

Jom baca di bawah ini!

1. JENIS CABLE

Apa pulak kena mengena jenis cable untuk cable tahan lama, betul tak ?

Haaa.. sebenarnya jenis cable juga penentu dalam memastikan cable tersebut tahan lama. Kita kena hati-hati dalam pemilihan cable..

Ini kerana seperti mana barangan lain, cable juga ada dari jenis yang tinggi dan rendah kualitinya. Cable yang rendah kualiti akan menyebabkan ia cepat rapuh dan mudah putus serta rosak sekaligus menyebabkan cable tak dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang.

Jadi, kami sarankan tuan-tuan dan puan-puan untuk memilih cable yang tinggi kualiti supaya dapat memastikan cable boleh bertahan lama.

2. SUSUNAN CABLE YANG KEMAS DAN TERATUR

Susunan cable yang kemas teratur juga adalah faktor yang mendorong ke arah jangka hayat cable.

Cable yang berterabur susunannya boleh menyebabkan cable mudah rosak (putus, rapuh dan sebagainya).

Jadi pastikan susunan cable anda sentiasa kemas dan teratur ya!

3. PENGGUNAAN CABLE CASING

Cable Casing? Apa tu?

Haa.. cable casing yang kami nak cerita ni adalah pelindung cable daripada terdedah kepada mudah rosak dan reput.

Kebiasaannya cable casing ni dipanggil “conduit” . Kalau tuan-tuan perasan lah kan dekat surau-surau dan masjid.. dia ni nampak macam batang paip tapi warna putih..

Boleh rujuk gambar, conduit ini lah yang melindungi cable dari elemen :

1. Semulajadi : Selamat dari cuaca panas dan sejuk
2. Vandalisme : Mengelakkan dari cable dipotong atau dicuri

InshaaAllah, dengan adanya cable casing ataupun “conduit” ini, ia dapat membantu memelihara cable untuk tahan lebih lama.

Semoga perkongsian kami ini bermanfaat untuk semua, inshaaAllah..

“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik tanpa Membazir, InshaaAllah”


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *