Kenali Masjid Kita

Masjid Tertua di Melaka: Masjid Tengkera

Jejakkan kaki ke sejarah! Dibina pada abad ke-18, Masjid Tengkera adalah perkembangan Islam di Melaka. Rekaan unik, seni bina lama, dan ketenangan yang berbeza – sesuai untuk jiwa yang rindukan nostalgia dan spiritual. Apa pun, kalau dah singgah tu… ringankanlah tangan untuk berinfaq, ya. Setiap sumbangan bermakna untuk terus memelihara warisan ini. Jom singgah, rasa sendiri keindahannya!

WOW, Masjid MADAD, Kedah Memang Lain Dari Yang Lain!

Digital LCD besar terpampang di luar masjid—macam Times Square versi Kedah! PA Sistem ditempatkan di lokasi yang cukup rare, sampai buat orang tertanya-tanya!Bentuk seni bina yang unik dan memukau—tak seperti masjid lain yang biasa kita lihat. Disclaimer: Review kami hanya based kepada speaker position dan system location. Tonton video penuh untuk tengok apa yang buat Masjid MADAD ni jadi viral!

Tabung Masjid selalu kena CURI?? 😱😱😱| Masjid Kariah Sungai Sekamat, Kajang

Untuk mengoperasikan masjid adalah sesuatu yang agak mahal. Penggunaan air, elektrik. belum lagi mantainance, gaji operator ie imam, bilal yang berkhidmat tidak mengira cuti dan waktu. Infaq tabung masjid adalah satu cara mudah untuk membantu masjid kita membiayai kos operasi disamping insyaallah mendapat ganjaran dari Allah kerana menginfaq. Masjid lain, tabung infaqnya, letak ditempat yang paling selamat. Risau dicuri 😅 TAPI!… cara penyediaan tabung di masjid ni sungguh unik. Jom tengok video.😍😍😍