Jul 18, 2025 .
Inilah Masjid Atas Rooftop
Selalu kalau cari lokasi masjid bila sudah sampai mesti nampak kubah masjidnya. Tapi masjid ni lain dari yang lain kami jumpa pakir bertingkat dahulu baru jumpa masjid
Unik betul masjid ni, mungkin ada 1 sahaja dalam Malaysia masjid macam ini.
Masjid Abdullah Hukum ini dibina atas permintaan tuan tanah iaitu ahli keluarga Abdullah Hukum sebagai tanda peninggalan keluarganya kepada generasi akan datang. Masjid ini simbol pernah wujud satu kampung Melayu di tengah pesat pembangunan Kuala Lumpur yang dulunya kampung Sungai Putih dan ditukar kepada Kampung Abdullah Hukum sebelum di bangunkan KL Eco City.
Kalau nak kami buat content review masjid macam ini komenlah dekat bawah masjid mana pula next kami nak review