Jenis Speaker yang digunakan untuk PA Sistem Surau dan Masjid

Pengenalan

Speaker ataupun pembesar suara adalah satu komponen asas yang penting di dalam PA Sistem untuk surau dan masjid.

Ini kerana ia adalah alat yang mengambil signal daripada amplifier untuk dikeluarkan sebagai bunyi bagi membolehkan kita mendengar azan , ceramah, tazkirah, khutbah dan sebagainya.

Speaker juga terdiri daripada beberapa jenis tapi di sini kami akan ceritakan tentang speaker yang sering digunakan untuk PA Sistem surau dan masjid.

Horn speaker (pembesar suara jenis horn)

Speaker horn ini juga dikenali sebagai speaker azan oleh kerana ia berada di luar bangunan surau atau masjid. 

Biasanya kedudukan speaker ini sama ada di menara surau / masjid atau di tiang yang dikhaskan untuk speaker ini.

Speaker horn ini mempunyai pelbagai jenis variasi ; kecil, besar, panjang dan juga pendek.

Ada juga yang menggunakan single driver, 2 driver, dan juga 4 unit driver (Wooww…)

Horn speaker ini di dalamnya ada tweeter (high frequency) .

Kelebihan speaker horn ini adalah dengan power yang kecil, speaker ini mempunyai capaian yang jauh.

Jadi, sebab itulah kedudukannya selalunya di menara masjid atau pun di bahagian luar surau dan masjid.

Kekurangan speaker ini adalah coil speaker ini (yang ada di bahagian horn driver) mudah terbakar.

Jadi, coil ini perlu diganti bagi membolehkan PA sistem boleh berfungsi dengan baik semula.

Selain itu, disebabkan speaker ini jenis high frequency (frekuensi tinggi), feedback juga adalah tinggi.

Jadi, kena pandai setting EQ (equalization) untuk sistem berfungsi dengan baik.

Contoh longhorn speaker
Contoh shorthorn speaker

Column speaker (pembesar suara jenis column)

Speaker column ini adalah compact speaker yang disusun secara menegak.

Speaker ini ada beberapa jenis, bermula dengan column 2, 4, 6, 8 dan seterusnya (bergantung kepada model dan brand).

‘Throw’ speaker adalah midrange, tidak terlalu jauh dan tidak terlalu pendek.

Speaker jenis column ini mempunyai matching transformer, jadi ia boleh balancekan kekuatan speaker bergantung kepada applikasi sesebuah surau dan masjid.

contoh column speaker

Speaker column ini juga boleh dilintangkan bagi mereka yang inginkan sebaran bunyi secara melintang (horizontal dispersion).

1 line speaker ini boleh disambungkan ke banyak speaker.

Speaker column ini juga adalah speaker yang paling banyak digunakan di dalam aplikasi sound system untuk surau dan masjid.

Box speaker (Pembesar suara jenis kotak / box)

Box speaker ini terdiri daripada:

  1. 2-way speaker
  2. 3-way speaker
2-way Speaker

2-way speaker ini terdiri daripada tweeter (di bahagian atas) dan woofer / midrange (di bahagian bawah).

Speaker ini mempunyai matching transformer jadi boleh guna high impedance dan juga low impedance.

Ia ada fleksibiliti untuk pilih sama ada untuk jadikan sebagai high impedance atau low impedance speaker.

Contoh 2-way speaker

1 line speaker ini boleh disambungkan ke 10 hingga 12 unit speaker dan speaker ini menghasilkan bunyi yang menyeluruh.

Throw speaker ini tak berapa jauh, hanya dalam mid range sahaja.

Selain itu, jika speaker ini placement nya salah,  akan menyebabkan feedbacknya tinggi, lagi-lagi jika surau dan masjid menggunakan mic jenis klip kerana mikrofon ini agak sensitif.

3-way Speaker

3-way speaker ini pula terbahagi kepada 3 bahagian ; tweeter (high frequency) mid range (mid frequency) dan juga woofer (low frequency)

Untuk sound system atau sistem bunyi, speaker ini menghasilkan bunyi yang sedap tetapi untuk aplikasi surau dan masjid tak berapa sesuai digunakan kerana vokal manusia adalah pada high dan juga mid frequency.

Jadi kita tak menggunakan sepenuhnya fungsi speaker ini iaitu woofer.

Kewujudan woofer di dalam speaker sebenarnya menyumbang kepada kos satu unit speaker.

Contohnya, jika harga speaker adalah RM500, harga woofer sahaja mungkin dalam RM 280 – 300.

Jadi, jika tak gunakan sepenuhnya, agak membazir untuk digunakan di surau dan masjid.

4. Line Array speaker (Pembesar Suara Line Array)

Line Array speaker ini dari segi fizikal dan basic principle nya sama dengan column speaker.

Cuma line array speaker ini lebih kuat bunyi nya, sebaran bunyi juga lebih teratur dan tersusun (mengikut spec model dan brand sesebuah speaker itu).

Throw speaker line array ini juga lebih jauh dari normal column speaker.

Contoh  speaker jenis line array

5. Ceiling speaker (Pembesar suara jenis ceiling)

Speaker ini adalah speaker yang dipasang di siling surau dan masjid.

Speaker ini ada beberapa jenis :

  1. single way
  2. 2-way
  3. 3-way

Ceiling speaker ini sesuai untuk surau dan masjid yang ada siling kapur.

Speaker ini hasil bunyinya daripada atas surau dan masjid, jadi bunyinya lebih menyeluruh.

Speaker ini mempunyai even distributed system jadi, surau dan masjid boleh target ruang atau zon tertentu untuk pasang speaker dan bunyinya akan tembak terus ke bawah dari siling instead of ke depan sebagaimana kebanyakan speaker.

Contoh speaker jenis ceiling

Ok, jadi ini adalah 5 jenis speaker yang sering digunakan untuk aplikasi PA sistem untuk surau dan masjid.

Semoga dengan info yang kami berikan, tuan-tuan lebih bijak dalam memilih speaker yang sesuai dengan keperluan surau dan masjid.

Jika tuan-tuan masih keliru, kami di pasystemmasjid.com juga ada menjual speaker untuk kegunaan surau dan masjid.

In shaa Allah, kami cuba membantu tuan-tuan dalam membuat pilihan terbaik untuk surau dan masjid tuan-tuan.