PEMBERITAHUAN RALAT PENGUMUMAN MCMC
Di dalam video berkenaan dengan pengumuman MCMC yang kami post tempoh hari, ada sedikit ralat.
Larangan penggunaan frekuensi 694 MHz – 798 MHz bagi wireless mic adalah UNTUK kegunaan 4G LTE dan BUKAN
untuk Digital TV Broadcasting seperti yang dinyatakan di dalam video.
Namun frekuensi tersebut TIDAK LAGI DIBENARKAN UNTUK DIPAKAI oleh wireless mic (mikrofon tanpa wayar) bermula 1 JULAI 2018. Diharapkan semua maklum dengan pemberitahuan ini.
Pihak kami memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.
Sekian, terima kasih.