Assalamualaikum semua.
PA Sistem yang baik adalah bunyi yang jelas dan senang didengar oleh pendengaran manusia.
Kami berada di Masjid Saidina Hamzah , Kg Batu Muda , Kuala Lumpur di mana tuan-tuan boleh lihat dalam video, di dalam ruang solat masjid ini terdapat 10 unit high-powered speaker (speaker jenis line array TOA TZ-S60W) yang mana terlalu banyak untuk application PA sistem di masjid ini.
Untuk ruang solat sebesar ini, 4 unit speaker TZ-S60W ini sudah cukup memadai. Ini kerana jika speaker dipasang terlalu banyak di sesuatu ruang, ia akan mengeluarkan bunyi yang destructive berbanding bunyi yang constructive. Lebih-lebih lagi jika speaker itu mempunyai kuasa yang kuat untuk cover ruang di dalam ruang solat.
Jadinya di sini telah berlaku pembaziran di mana speaker yang diperlukan hanyalah 4 tetapi ada 10 unit speaker di sini.
Selain daripada bilangan speaker, speaker punya angle of sound dispersion (sudut penyebaran bunyi speaker) juga memainkan peranan ya. Jika diperhatikan struktur masjid ini, dindingnya adalah kaca jadi bila angle of dispersion itu kurang tepat maka ia akan menyebabkan reflection of sound berlaku dan bunyi akan jadi kurang sedap di telinga jemaah.
Semoga dengan apa yang kami kongsikan ini menjadi ibrah buat anda dan semoga kita dapat terus memastikan PA sistem yang ada di surau dan masjid kita sentiasa berfungsi dengan baik, jelas dan tahan lebih lama. InshaaAllah 😊
“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa MEMBAZIR, InshaaAllah”