SPEAKER PLACEMENT & REVERBERATION
Assalamualaikum semua.
Bertemu lagi kita di dalam posting kali ini, nak cerita sedikit tentang masjid yang kami singgah baru-baru ini.
Masjid ini sangat besar dan selesa. Nampak macam masjid ni baru je tukar sistem.. Tetapi ada 2 isu yang sangat ketara berkenaan dengan PA Sistem.
1) SPEAKER PLACEMENT
Speaker yang diletakkan di dalam ruang solat ini sangat rendah. Bila kedudukan speaker sangat rendah, sound diblock oleh jemaah yang berdiri di hadapan speaker seterusnya menyebabkan bunyi yang dikeluarkan tidak efektif.
Selain daripada speaker placement, sudut speaker diletakkan juga diambil kira. Tidak kira sama ada tegak , condong ke bawah atau ke atas. Ini kerana kita perlu memastikan bunyi yang keluar dari speaker dapat cover area yang sepatutnya.
Contoh, jika kita mahu bunyi dari speaker itu jelas di pendengaran jemaah ketika jemaah berdiri (ketika solat) dan juga duduk (ketika solat, dengar ceramah dan sebagainya), kita haruslah memastikan kedudukan and angle speaker itu tepat.
2) REVERBERATION
Jika kita lihat, di masjid ini kubahnya sangat besar dan terbuka. Jadinya, isu reverberation ini agak besar di masjid ini. As sound reproduction installer macam kami, kita hanya boleh bantu untuk improve kejelasan percakapan atau kita panggil intelligibility. Bunyi gaung ini kita tak dapat nak buang…
Jadinya, 2 isu yang kami nyatakan di atas ini adalah antara isu ataupun masalah yang kerap berlaku dalam PA sistem surau dan masjid. Diharap selepas ini lebih ramai termasuklah kami terus cakna tentang dua isu ini supaya PA Sistem di surau dan masjid kita sentiasa jelas, mudah dikendalikan dan tahan lebih lama, inshaaAllah…
“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa Membazir, InshaaAllah”