3 Ciri Utama PA Sistem Yang Baikby Mohd ShazwanMay 28, 2021July 3, 2021 1) Suara Yang Jelas :“Suara Yang Jelas” ini bermaksud kita dapat dengar suara orang menggunakan microphone tersebut secara jelas di seluruh pelusuk kawasan masjid dan surau. Lebih bagus dengan kekuatan yang lebih kurang sama. Tidak terlampau ketara kuat dan perlahan suara itu.Manakala untuk azan pula boleh didengari oleh seluruh ahli kariah masjid dan surau dengan kadar kekuatan dan kejelasan yang selesa.Untuk solat, azan, khutbah, kuliah, ucapan dan soal jawab“Selesa di telinga, senang melekat dihati” 😍😍😍 2) Mudah Dikendalikan :Kami tahu kebanyakkan Jemaah di Masjid dan surau adalah “Non Technical People” yang tidak mempunyai ilmu dalam bidang teknikal dengan lebih mendalam.Kami di PaSystemMasjid.com akan cuba mencari jalan yang paling mudah supaya penggunaan harian pa system tidak terlalu teknikal dan membebankan. Disamping tidak mengabaikan quality bunyi yang dihasilkan.“Tak susah, tak stress” ye kan? 😊 3) Tahan Lama :Kami tahu sebuah solusi pa system yg berkualiti itu tidak murah harganya. Tapi sayang jika kualiti itu tidak dapat bertahan kerana equipment atau perkakasan pa system itu selalu rosak.Kami memastikan bukan sahaja kualiti yang bagus. Ketahanan dari segi barangan mahupun mantainance servis yang berterusan akan menyebabkan pa system yang dipasang dapat digunakan dalam tempoh masa yang lama. Insyaallah.“Itulah maksud tiada pembaziran yang sebenar!”😍😍☺️ Related posts: Ketinggian dan coverage speaker horn / azan 3 TIPS PENJAGAAN KABEL SUPAYA TAHAN LAMA KENAPA SPEAKER AZAN SELALU TERBAKAR? Tips Pemasangan Tiang Speaker Azan