3 TIPS PENJAGAAN KABEL SUPAYA TAHAN LAMA

1. PILIH KABEL YANG BERKUALITI

Jenis Kabel adalah penentu dalam memastikan kabel tersebut tahan lama. Kita kena hati-hati dalam pemilihan kabel.. Ini kerana seperti mana barangan lain, kabel juga ada dari jenis yang tinggi dan rendah kualitinya. kabel yang rendah kualiti akan menyebabkan ia cepat rapuh dan mudah putus serta rosak sekaligus menyebabkan kabel tak dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang.

Jadi, kami sarankan tuan-tuan dan puan-puan untuk memilih kabel yang tinggi kualiti supaya dapat memastikan kabel boleh bertahan lama.

2. SUSUNAN KABEL YANG KEMAS DAN TERATUR

Susunan kabel yang kemas teratur juga adalah faktor yang mendorong ke arah jangka hayat kabel.

Kabel yang serabut susunannya boleh menyebabkan kabel mudah rosak dan susah nak maintenance. Jadi pastikan susunan kabel anda sentiasa kemas dan menggunakan tagging pada setiap kabel

3. PENGGUNAAN KABEL CASING

kabel casing adalah pelindung kabel yang terdedah daripada bahaya seperti panas,hujan, dan benda asing.

Kebiasaannya kabel casing ni dipanggil “conduit” . Kalau tuan-tuan perasan lah kan dekat surau-surau dan masjid.. dia ni nampak macam batang paip tapi warna putih..

Dengan mengunakkan Kabel Casing ni, anda boleh mengelakkan dari kabel dipotong atau dicuri.

InshaaAllah, dengan adanya kabel casing ataupun “conduit” ini, ia dapat membantu memelihara kabel untuk tahan lebih lama.

Semoga perkongsian kami ini bermanfaat untuk semua, inshaaAllah.. “Memberi Solusi Audio Visual Terbaik tanpa Membazir, InshaaAllah”