5 Aspek Penting Dalam PA Sistem

Pengenalan

Dalam post kami yang lepas, kami ada sentuh mengenai brand PA sistem. Selain daripada brand, kami ada juga maklumkan ada LIMA (5) aspek penting yang perlu diambil kira bagi memastikan PA Sistem surau dan masjid berfungsi dengan baik dan tahan lama.

Speaker Placement

Speaker placement adalah satu aspek penting bagi memastikan bunyi yang dikeluarkan dari speaker tidak bingit dan sedap didengar walaupun anda berada di mana-mana ruang di dalam surau dan masjid.

Kuantiti speaker dan bentuk ruang adalah antara penentu kepada kedudukan speaker tersebut. Ini adalah kerana setiap ruang mungkin berbeza daripada segi saiz,keluasan dan reka bentuknya.

Speaker Dispersion

Speaker dispersion adalah sebaran bunyi yang dihasilkan oleh speaker. Seperti yang kita maklum, ketika di dalam surau dan masjid kita akan berada di dalam EMPAT (4) posisi kebiasaannya :

1. Duduk
2. Sujud
3. Rukuk
4. Berdiri

Jadi, speaker dispersion ini penting bagi menentukan speaker placement untuk membolehkan jemaah mendengar bunyi yang dikeluarkan dengan jelas dan terang walaupun berada dalam posisi berbeza.

Understanding of Acoustic

Akustik adalah tindak balas sesebuah ruangan dengan sound. Untuk memastikan tindak balas tersebut tidak memberi kesan negatif kepada bunyi yang dikeluarkan. Jika mampu, acoustic treatment perlu dilakukan.

Dengan memahami acoustic di surau dan masjid kita, kita dapat menentukan kedudukan speaker dan juga jenis speaker yang perlu digunakan di dalam satu-satu ruang tersebut.

User Friendly System

PA System yang user-friendly ini sangat-sangat membantu surau dan masjid. AJK Surau dan masjid dengan hanya perlu mengetik suis sahaja sudah boleh memastikan PA Sistem berfungsi dengan baik.

Sekiranya AJK tiada di surau dan masjid, jemaah yang ada di situ boleh sahaja menghidupkan PA sistem dengan hanya petikan beberapa suis, sudah boleh digunakan secara terus.

Taklah bila nak on sistem, kena tunggu AJK surau dan masjid , ye dak ?

How You Tune Your System

Last but not least, cara tuning adalah yang paling penting. Secanggih atau sebagus mana barangan tersebut, tetapi jika tiada kepakaran dan pengalaman untuk tuning sistem, ia tetap tidak akan dapat menjadikan PA sistem tersebut sedap dan selesa untuk didengar.

Tuning juga dapat memastikan transparency of sound itu terjaga. Transparency of sound adalah suara yang keluar dari seseorang itu adalah sama seperti apa yang kita dengar di speaker.

Jika salah tuning, akan menyebabkan PA sistem terjejas sekaligus mendatangkan ketidakselesaan bunyi dan mengganggu jemaah ketika berada di surau dan masjid.

Apa yang kita nak sampaikan kepada jemaah adalah bunyi yang selesa , dan bukanlah noise dan menyebabkan jemaah terganggu ketika berada di surau dan masjid.

Jadi, ini adalah 5 aspek penting yang anda perlu ambil kira dalam pengendalian PA sistem. Semoga dengan perkongsian ini dapat menambahkan pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan dalam memelihara PA sistem di surau dan masjid agar lebih tahan lama, inshaaAllah.

“Memberi Solusi Audio Visual Tanpa Membazir, inshaaAllah”