Cabaran Mencari PA Sistem Terbaik : Macam Mana Nak Tentukan Sistem Yang Terbaik??

BAHAGIAN 2 : MACAM MANA NAK TENTUKAN SISTEM YANG TERBAIK??

Assalamualaikum semua.

MACAM MANA NAK TENTUKAN SISTEM YANG TERBAIK?

Keperluan surau dan masjid juga turut mempengaruhi keputusan dalam mencari PA Sistem yang terbaik. Keperluan dari segi apa ? Jom kita baca di bawah ini.

Saiz dan Reka Bentuk Surau dan Masjid

Setiap surau dan masjid berbeza saiz dan juga bentuknya. Jadi macam mana nak tahu sistem yang terbaik untuk surau dan masjid kan ?

Surau yang kecil , sistem apa yang paling sesuai ? Macam mana pula dengan masjid yang besar yang ada banyak zon dan ruang ? Kalau masjid-masjid di kawasan kampung yang saiznya mungkin sama dengan surau, macam mana pula?

Contoh kami beri di sini, masjid A adalah masjid 2 tingkat yang ada 3 zon di dalamnya manakala masjid B adalah masjid satu tingkat yang ada 2 zon. Masjid A ada PA sistem yang baik. Masjid B juga request untuk buat sistem yang sama. Tapi adakah hasilnya akan jadi seperti Masjid A?

Perbezaan saiz dan reka bentuk surau dan masjid itu sendiri boleh menyebabkan bunyi yang dihasilkan adalah berbeza. Makanya masjid B mungkin tidak akan dapat hasil bunyi yang sama seperti di Masjid A.

Kategori dan Jenis Barangan PA Sistem

Kalau bercakap tentang barangan PA sistem, topik ini agak luas… Kategori apa ? Mikrofon? Speaker ? Mixer? Power Amp?

Dah tahu kategori, kita tengok pula jenisnya. Kalau untuk mikrofon, mikrofon apa yang sesuai? Mic klip? Jenis headset (sangkut telinga)? Mic gooseneck?

Speaker pulak, macam mana? Horn? Jenis box? speaker column? speaker line array?

Tiap-tiap jenis barang ini ada ciri-ciri yang berbeza. Boleh jadi sesuai untuk sistem dekat Surau A tapi tak sesuai pulak untuk surau B.

“Macam mana boleh jadi macam tu pulak?”

Sebabnya kita pergi semula pada tujuan atau pun penggunaan barangan untuk sistem. Contohnya di sini.. mikrofon gooseneck tak sesuai untuk kita gunakan semasa solat tetapi ianya sesuai untuk sesi tazkirah atau pun khutbah.

Jadinya, kita kena pastikan penggunaan barangan tersebut adalah bertepatan dengan applikasinya di dalam PA sistem untuk surau dan masjid.

Terbaik Tak Semestinya Mahal

Konteks PA Sistem yang terbaik di sini bukanlah diukur dari harga atau pun brand sesebuah barangan itu, tetapi adalah penggunaan barangan yang optimum dan sesuai dengan keperluan surau dan masjid.

Boleh jadi, barangan itu nilainya berpatutan dan mampu dibeli dan ia adalah yang terbaik untuk PA Sistem surau atau masjid mereka. Mungkin juga sistem sedia ada di masjid itu perlulah dipasangkan (dipairingkan) dengan barangan dari brand-brand ternama disebabkan kombinasi itu yang paling terbaik untuk masjid mereka.

Berikut antara keperluan AJK surau dan masjid yang kami rasa perlu diambil berat.

PA SISTEM YANG BAIK ADALAH ADALAH SYSTEM YANG BUNYINYA JELAS, MUDAH DIKENDALIKAN DAN TAHAN LAMA’

Ini adalah antara satu cabaran AJK surau dan masjid dalam mendapatkan PA sistem yang terbaik.

Cabaran mencari PA sistem terbaik bahagian 1 :

Video penuh untuk cabaran-cabaran yang lain :

Untuk video penuh cabaran dan solusi untuk mendapatkan pa sistem terbaik :