BAHAGIAN 5 : GEMA DAN AKUSTIK
Assalamualaikum semua. Ok, kali ini kita nak sambung lagi tentang cabaran AJK surau dan masjid dalam mencari PA sistem terbaik.
” Macam mana ye nak hilangkan gema di surau saya ni ye? Gemanya kuat sangat..”
“Boleh tak kalau masjid saya nak gema macam dekat Masjidil Haram?”
Di atas ini adalah antara persoalan dan request yang kami terima berkaitan dengan gema dan akustik daripada surau dan masjid.
Apa sebenarnya gema dan akustik ye ?
Gema adalah pantulan bunyi yang dibuat selepas bunyi dikeluarkan. Bunyinya seakan-akan bergaung dan berulang.
Akustik akan jadi masalah bila ada gema yang kita tidak mahu. Maksudnya di sini gema yang melampau.
Untuk pengetahuan semua, banyak sebenarnya surau dan masjid yang mempunyai isu dengan gema. Macam mana sebenarnya isu gema ini boleh berlaku?
Isu gema ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara :
1. REKA BENTUK BANGUNAN
Surau dan masjid yang mempunyai struktur berkubah lebih terdedah kepada masalah gema. Lebih-lebih lagi jika kubahnya adalah terbuka dan bersambung dengan ruang solat (tiada pemisah). Lagi besar bentuk kubah, lagi besar risiko untuk terdedah dengan masalah gema.
Selain itu, bentuk dan keluasan ruang di dalam surau dan masjid juga mempengaruhi isu gema.
2. JENIS DINDING DAN LANTAI
Jenis dinding dan lantai juga antara faktor yang menyumbang kepada masalah gema ini.
Dinding jenis kaca, kayu dan batu masing-masing memberikan impak berbeza terhadap gema yang dihasilkan ketika PA sistem digunakan. Sama ada ia boleh mengurangkan gema atau membuatkan gema yang terhasil jadi lebih kuat.
3. PA SISTEM YANG DIPASANG
Ini juga adalah faktor penting dalam isu gema. Jika PA Sistem yang dipasang itu tidak mengambil kira 2 faktor di atas ini, ia akan menyebabkan isu gema menjadi lebih besar dan lebih teruk.
Surau dan masjid ada alternatif lain iaitu dengan melakukan acoustic treatment. Tetapi, Acoustic treatment ni memang tinggi kosnya. Jadi dengan PA sistem yang baik, ia sedikit sebanyak dapat membantu mengatasi masalah gema.
Tetapi, ada sesetengah surau dan masjid ini memerlukan acoustic treatment. Jadi, adalah penting untuk surau dan masjid melakukan acoustic treatment supaya masalah gema ini kita dapat atasi dan bunyi yang dikeluarkan oleh PA sistem jelas dan didengari kariah.
Di atas ini adalah faktor-faktor mengapa gema itu boleh berlaku. Gema ini juga adalah antara cabaran terbesar AJK dalam mencari PA sistem terbaik untuk surau dan masjid mereka.
Kami sudah pun kongsi kesemua cabaran AJK dalam mencari PA sistem terbaik. Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat membantu AJK dalam memastikan PA sistem yang ada di surau dan masjid adalah yang terbaik. Apa yang kami maksudkan dengan terbaik itu adalah,
“PA SISTEM YANG JELAS, MUDAH DIKENDALIKAN DAN TAHAN LAMA”
Untuk lihat sedutan video cabaran mencari PA sistem terbaik mengikut bahagian:
Bahagian 1:
Bahagian 2 :
Bahagian 3 :
Bahagian 4 :
Untuk lihat video penuh untuk cabaran-cabaran yang lain :
Untuk video penuh cabaran dan solusi untuk mendapatkan pa sistem terbaik :