mixer amp

Bagaimana Nak Tangani Isu ‘Banyak Tangan’ Usik PA Sistem Ni?

Assalamualaikum semua.

Isu ‘banyak tangan’ yang usik PA sistem ni memang banyak terjadi di surau dan masjid. Kesian dekat satu surau solat jumaat ini (boleh rujuk video), semua punat dan slider di PA sistem ini digam.

Ini adalah pilihan terakhir yang AJK surau ada bagi mengelakkan orang ramai usik dan adjust sesuka hati hingga menyebabkan PA sistem tak dapat berfungsi dengan baik.

Untuk isu sebegini, kita kena ada jalan untuk menutup rak ini. Kalau ada pintu atau penutup lagi bagus, tapi kita kena pastikan yang kita boleh access sistem ni dengan mudah.

“Access sistem dengan mudah? Macam mana tu?”

Maksud access sistem dengan mudah adalah senang untuk kita on dan off kan sistem bila nak azan, iqamat atau ceramah. Juga mudah untuk on sistem untuk zoning tanpa perlu buka penutup atau pintu rak ini.

Kami cuba bantu surau solat jumaat ini dengan interacking yang betul dan user friendly tanpa perlu buka keseluruhan rak ini.

Semoga info yang kami sampaikan ini dapat menjadi peringatan kita bersama. Jaga dan peliharalah PA sistem surau dan masjid kita agar berfungsi dengan betul dan tahan lebih lama, inshaaAllah.

#afepasistem #infoafepasistem #pasistemsurau #pasistemmasjid #pasistem #surau #pasystem #masjid #mixer #poweramp #serverrack #alunanfirdausi #afe