Pengenalan kepada Cable untuk PA Sistem Surau dan Masjid

Pengenalan

Assalamualaikum semua..

Kali ini kami nak cerita pulak tentang cable yang digunakan di dalam installation PA sistem untuk surau dan masjid.

Ada 3 jenis cable yang digunakan iaitu :

  1. Signal cable (kabel isyarat)
  2. Speaker cable (kabel pembesar suara)
  3. Power cable (kabel kuasa)

Nak tahu apa kegunaan dan fungsi cablecable ini? Jom bacanya di bawah…

Jenis Cable

SIGNAL CABLE (Kabel Isyarat)

Signal cable adalah cable yang membawa signal (isyarat) dari satu alat ke satu alat yang lain.

Komponen Signal Cable

Cable ini terdiri daripada tiga (3) komponen :

  1. – Ground
  2. – Positive
  3. – Negative

SPEAKER CABLE (Kabel pembesar suara)

Speaker cable adalah cable yang menyambungkan power amplifier atau mixer amplifier ke speaker.

Jenis Speaker Cable

Jenis wayar yang digunakan untuk speaker cable ada dua (2) iaitu :

  1. Twisted pair
  2. Twin flat

POWER CABLE (kabel kuasa)

Power cable pula adalah cable yang memberi sumber kuasa elektrik kepada peralatan PA sistem untuk memastikan ia berfungsi.

Komponen Power Cable

Cable power ini terdiri daripada tiga (3) komponen iaitu:

  1. Neutral
  2. Earth
  3. Life

Cablecable perlulah dijaga dengan baik agar dapat melindungi dari bahaya. Kebiasannya, kita letakkan cable ini di dalam casing atau lebih senang kita panggil paip. Paip inilah yang melindungi agar cable terlindung dari bahaya dan tahan lebih lama.

Tips Penggunaan Cable

TIPS untuk anda!

Sebaiknya kita tidak boleh mencampurkan power cable dan signal cable di laluan yang sama.

Ini bertujuan untuk mengelakkan dari berlakunya signal distortion (gangguan isyarat). Ini kerana power cable membawa arus elektrik, dikhuatiri akan mengganggu hantaran signal sekiranya mereka berada di laluan yang sama.

Ketiga-tiga cable yang kami ceritakan ini adalah penting di dalam pemasangan PA system untuk surau dan masjid. Tanpa ketiga-tiga cable ini, PA sistem tak akan dapat berfungsi dengan baik. Jadi, pastikan cablecable ini ditempatkan di tempat yang betul dan terlindung.

Semoga perkongsian kami ini dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan dalam memelihara PA sistem di surau dan masjid masing-masing, in shaa Allah.

“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik tanpa Membazir, InshaaAllah”