Disclaimer: dalam video ini, kami tak pasti 100%. Menara ini pernah digunakan untuk meletakkan speaker azan. tapi kemungkinan besar, mengikut pengalaman kami. (sebagai contoh sahaja)
━━━━━━━━━━━━━
Tahu tak? Lokasi speaker azan di masjid dan surau kita selalunya berada di lokasi yang MERBAHAYA!
Dalam video kali ini kami nak share 1 contoh menara speaker azan yang bahaya. Atas 2 sebab:
1) Menara azan susah nak akses (naik)
Banyak kami jumpa menara speaker azan yang susah untuk dipanjat (akses naik) bahkan ada yang merbahaya untuk dinaiki (safety). Alhamdulillah kita tak pernah lagi mendengar kecelakaan serius dari insiden naik menara azan ini. tapi perlukah kita tunggu hingga ada berlaku insiden sehingga kita boleh ubah design ini?
2) Mana mana ajk masjid dan surau boleh bersetuju dengan kami yang speaker menara, ie azan merupakan speaker yang paling kerap berlaku kerosakan. Jadi keperluan untuk membetulkannya ie naik menara itu mungkin menjadi kerap.
━━━━━━━━━━━━━
Dari itu, kami mohon kepada Designer & Arkitek Masjid dan Surau kita.
” Ye Benar, Menara Azan sepatutnya kena tinggi supaya ramai lagi orang lebih dengar. Tapi jangan sehingga boleh membahayakan pihak yang perlu lakukan maintainance kepadanya “
Moga masjid kita boleh menjadi antara kawasan yang selamat dan juga memudahkan operator masjid dan surau dalam pengendalian pa system masjid dan surau ini.
━━━━━━━━━━━━━
NAK TAHU CERITA LANJUT? jom tonton video ini
━━━━━━━━━━━━━
Semoga perkongsian kami ini dapat membantu memperjelas apa masalah sebenar yang hadapi di masjid dan surau tuan tuan.
“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa MEMBAZIR, insya-Allah.”