Please Do Not Compromise Our PA System

PLEASE DO NOT COMPROMISE OUR PA SYSTEM

Assalamualaikum semua.

Seperti post sebelum ini, kali ini kami kembali lagi dengan isu design bangunan dan juga pa sistem.

Untuk design bangunan, kita masih lagi boleh compromise, tetapi untuk design PA sistem,

kami MOHON sangat pada semua yang terlibat.. Tolong jangan compromise PA sistem.

Posisi Kipas

Seperti yang kita lihat di awal video ini, kami sentuh tentang kipas.

Posisi kipas yang ada di bahagian hadapan ruang solat utama ini menganggu PA sistem..

Posisi yang terlampau dekat dengan speaker boleh mengganggu bunyi yang dikeluarkan oleh speaker.

Bunyinya akan jadi seperti ketika kanak2 mengeluarkan suara di hadapan kipas yang berpusing.

Kedudukan speaker di bahagian hadapan adalah tidak tepat.

Sound dispersion yang dikeluarkan oleh speaker terhalang oleh design tiang yang besar.

Adalah lebih baik, jika speaker itu dialihkan ke posisi kipas iaitu di hadapan tiang besar tersebut.

Poor Cabling

Antara isu yang kami lihat adalah poor cabling.

Untuk menjadikan cabling itu kelihatan kemas dan teratur,

gunalah apa sahaja sekalipun kerana yang paling penting, cable-cable tersebut haruslah sentiasa kemas dan teratur.

Penggunaan Centralised Cable Tray

Salah satu cara untuk memastikan future maintenance senang dilakukan adalah dengan menggunakan centralised cable tray.

Selain dari itu, pemilihan speaker mengikut spec juga penting…

Speaker dalam masjid ini dah bagus dan baik, tetapi sayangnya speaker luar yang digunakan adalah kurang sesuai.

Pemilihan dan Posisi Speaker

Jadi pemilihan speaker dan posisi speaker juga penting bagi memastikan seluruh kawasan masjid menerima bunyi yang jelas dan sekata.

Jadi, kami mohon sangat-sangat kepada pihak contractor, architect, M&E consultant yang terlibat di dalam pembinaan awal masjid untuk memasukkan PA sistem sebagai aspek yang penting di dalam design.

Semoga apa yang kami kongsikan ini menjadi peringatan buat kita semua

Terutama sekali kami dalam memastikan masjid-masjid dan surau-surau kita sentiasa menjadi satu pusat yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat

untuk 25, 50 ataupun 100 tahun akan datang, selagi bangunan itu masih ada.. inshaaAllah 😊

“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa Membazir, InshaaAllah”