Tabung Surau Dicuri Lagi!??

TABUNG SURAU DICURI LAGI!?

Semalam Sempat solat maghrib disini selepas berbuka puasa syawal tadi.

Ahli kariah memberitahu tengah malam semalam surau dipecah masuk dan duit dalam tabung sebahagian besar telah dicuri. Allahu!😭

Duit yang diinfaq oleh ahli kariah mahupun pengunjung surau untuk tujuan pengimarahan surau tidak dapat digunakan sepenuhnya. Sangat sedih.

Ibrah yang kami rasa berguna untuk pedoman dan panduan kami.

1. Sentiasa bertawakal kepada Allah dalam apa jua keadaan.

2. Strategi dan usaha. Lokasi cctv yang baik dan cctv yang tinggi resolutionnya (bukan sekadar ada gambar, tapi kabur 😫). Ajk nampak motor dan perlaku. Tapi tak nampak gambarnya dengan jelas. Menyusahkan pengesahan si pesalah laku

3. Sebagai tanda masih ada orang yang memerlukan bantuan kewangan. Dan moga surau dan masjid kita mana yang berkemampuan dapat menjadi institusi yang sangat empathy (ehsan) terhadap masalah masyarakat setempat.

Akhirnya, kami doakan semoga surau dapat ganti yang lebih baik asbab dari kejadian ini. Sipelaku dapat dibawa kemuka pengadilan. Dan asbab dari duit yang dicuri juga si pelaku dapat hidayah dan diberikan husnul khotimah sambil menjadi manusia yang paling berguna. Dan juga akhir kita allah matikan dalam keadaan husnulkhotimah . 🤲