Cabaran Surau Masjid Mendapatkan PA Sistem Terbaik
Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, kami lihat sudah banyak surau dan masjid yang ambil cakna dengan isu PA Sistem di Surau dan Masjid mereka. Seperti infrastruktur yang lain, PA Sistem juga perlu dijaga dan diselenggara supaya dapat berfungsi dengan baik dan tahan lebih lama.
Jom kita baca antara 5 cabaran surau dan masjid dalam mendapatkan pa sistem terbaik.
Quotation Tak Selesaikan Masalah
Untuk mencari yang terbaik, sudah semestinya kita akan mendapatkan quotation daripada beberapa syarikat supplier untuk membuat perbandingan. Quotation yang kita akan terima ini sudah semestinya berbeza-beza. Baik dari segi harga, barangan yang digunakan dan juga jenis solusi yang dicadangkan.
Jadi, cabaran yang kita boleh lihat di sini adalah, QUOTATION YANG MANA BOLEH MEMBANTU SELESAIKAN MASALAH PA SISTEM?
Bacaan lanjut tentang artikel ini : Quotation Tak Selesaikan Masalah
Cara Tentukan PA Sistem Terbaik
Keperluan surau dan masjid juga turut mempengaruhi keputusan dalam mencari PA Sistem yang terbaik. Keperluan dari segi apa ?
- SAIZ DAN REKA BENTUK SURAU DAN MASJID
- KATEGORI DAN JENIS BARANGAN PA SISTEM
- TERBAIK TAK SEMESTINYA MAHAL
Bacaan lanjut tentang artikel ini : Cara Tentukan PA Sistem Terbaik
Kontraktor Tak Faham PA Sistem
Apa yang dimaksudkan dengan Kontraktor tak faham sistem?
Tak faham sistem yang kami maksudkan di sini adalah :
- BUAT SISTEM TAPI AJK TAK PUAS HATI DENGAN HASILNYA
- JANJI LAIN, TAPI BUAT LAIN
- KONTRAKTOR ‘OVERPROMISE’
- MEMANDAI-MEMANDAI BUAT SISTEM
Bacaan lanjut tentang artikel ini : Kontraktor Tak Faham PA Sistem
Pembaziran
Kenapa kami nyatakan pembaziran adalah salah satu cabaran AJK surau dan masjid?
Bagi mendapatkan PA sistem terbaik, surau dan masjid haruslah mempunyai dana yang cukup untuk menampung perbelanjaan. Dana surau dan masjid pula kebanyakannya terhad; tak semua surau dan masjid mempunyai dana yang cukup untuk PA sistem kerana banyak cabang keperluan dana tersebut.
Pembaziran terjadi adalah disebabkan oleh beberapa faktor :
- SISTEM YANG TAK CUKUP KUAT DAN TAK CUKUP JELAS
- SISTEM YANG ‘OVERSPEC’ UNTUK KEPERLUAN SURAU DAN MASJID
- BELANJAKAN DUIT UNTUK MASALAH YANG SAMA
Bacaan lanjut tentang artikel ini : Pembaziran
Gema dan Akustik
Gema adalah pantulan bunyi yang dibuat selepas bunyi dikeluarkan. Bunyinya seakan-akan bergaung dan berulang.Akustik akan jadi masalah bila ada gema yang kita tidak mahu. Maksudnya di sini gema yang melampau.
Untuk pengetahuan semua, banyak sebenarnya surau dan masjid yang mempunyai isu dengan gema. Macam mana sebenarnya isu gema ini boleh berlaku?
Isu gema ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara :
- REKA BENTUK BANGUNAN
- JENIS DINDING DAN LANTAI
- PA SISTEM YANG DIPASANG
Bacaan lanjut tentang artikel ini : Gema dan Akustik
Kami sudah pun kongsi kesemua cabaran AJK dalam mencari PA sistem terbaik. Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat membantu AJK dalam memastikan PA sistem yang ada di surau dan masjid adalah yang terbaik. Apa yang kami maksudkan dengan terbaik itu adalah,
“PA SISTEM YANG JELAS, MUDAH DIKENDALIKAN DAN TAHAN LAMA”
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa Membazir, InshaaAllah”