PERHATIAN : UNTUK MENDENGAR MASALAH SOUND MASJID INI, SILA GUNAKAN HEADPHONE / EARPHONE ..
Pengenalan
Dalam industri surau dan masjid, ada beberapa point penting yang perlu diambil kira oleh pihak yang terlibat.
Ini termasuklah designer, installer PA sistem, syarikat construction dan sebagainya.
Kesian kepada pihak kariah yang sudah habiskan banyak wang…
Dengan harapan surau dan masjid mereka dapat dimanfaatkan dengan baik..
Tetapi bila masalah sebegini timbul, mesti mereka kecewa dan tak tahu nak buat apa…
Aspek Yang Perlu Dititikberatkan
Acoustic Treatment
Reka bentuk sesebuah surau dan masjid juga mainkan peranan penting di dalam PA sistem.
Bukan sahaja kita mahu cantik dari segi fizikal, tetapi kita mahu manfaatkan sebaiknya.
Walaupun ini bukanlah di bawah kepakaran kami, tetapi acoustic treatment ini sangat penting dalam pembinaan surau dan masjid.
Contohnya, masjid-masjid yang tinggi jika kita tidak lakukan acoustic treatment (gunakan acoustic wall dan sebagainya), ia akan hasilkan natural reverberation yang sangat tinggi.
Bunyi akan menghasilkan gema yang sangat kuat dan akan menyebabkan jemaah tidak selesa berada di surau atau masjid.
Posisi Speaker
Posisi speaker juga perlu dititikberatkan supaya bunyi yang dikeluarkan dapat didengari di setiap sudut surau dan masjid.
Para installer perlu bijak dalam menentukan kedudukan speaker berdasarkan jenis speaker yang digunakan.
Equipment Yang Sesuai
Kesian sangat-sangat pada masjid dan surau yang sudah berhabis duit..
Kita sedia maklum yang barang PA Sistem bukanlah murah, tetapi ini bukan alasan untuk kita para supplier atau installer untuk beri barangan yang tidak sesuai dengan surau dan masjid.
Di dalam video contohnya, ada 2 unit digital crossover yang sepatutnya tak perlu ada di server rack.
Kami MINTA SANGAT-SANGAT supaya equipment PA Sistem yang dijual kepada surau dan masjid biarlah bersesuaian dan boleh digunakan.
Apalah gunanya jika barang ada di server rack tapi tiada kepentingannya, betul kan ?
JADI, KEPADA SEMUA INSTALLER, DESIGNER, SYARIKAT CONSTRUCTION DAN PIHAK YANG TERLIBAT..
MINTA TOLONG SANGAT-SANGAT UNTUK AMBIL BERAT TENTANG 3 PERKARA INI DI DALAM PEMBINAAN SURAU DAN MASJID….
Semoga ini dapat membantu membangunkan industri surau dan masjid.
Bukan sahaja membantu bisnes kita semua, tetapi semoga apa yang kita lakukan untuk surau dan masjid mendapat ganjaran yang besar di akhirat kelak.
in shaa Allah..