Apabila kabel berserabut dan main sambung-sambung jer..berkemungkinan besar barang elektronik anda boleh berlaku kerosakan.
Antara 4 Punca Kesalahan Yang Boleh Menyebabkan Kerosakkan Pada Equipment Anda
- Routing Kabel tidak teratur dan tidak kemas
- Kabel bersimpul
- Salah Join Input/Output (Contoh Equipment : Speaker ke Power Amp)
- Salah Pair Kabel Positif dan Negetif ( tidak pair mengikut warna yang sama)
━━━━━━━━━━━━━
Jadi tak perlu bimbang dan risau, Kami PaSistemMasjid.com telah senaraikan tips-tips yang anda perlu patuhi | Mudahh jeerrr !!
━━━━━━━━━━━━━
Ini adalah 3 Tips PENTING & BERGUNA Supaya Kabel Anda Tahan Lama Dan Dapat Mengelakkan Kerosakkan Barang Elektronik Anda! | TIPS NO 2 PALING PENTING
1. PILIH KABEL YANG BERKUALITI
Jenis Kabel adalah penentu dalam memastikan kabel tersebut tahan lama. Kita kena hati-hati dalam pemilihan kabel.. Ini kerana seperti mana barangan lain, kabel juga ada dari jenis yang tinggi dan rendah kualitinya. kabel yang rendah kualiti akan menyebabkan ia cepat rapuh dan mudah putus serta rosak sekaligus menyebabkan kabel tak dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang.
Jadi, kami sarankan tuan-tuan dan puan-puan untuk memilih kabel yang tinggi kualiti supaya dapat memastikan kabel boleh bertahan lama.
━━━━━━━━━━━━━
2. SUSUNAN KABEL YANG KEMAS DAN TERATUR
Jadi bagaimana kita nak elakkan kerosakkan pada Equipment kita???
Kita perlulah membuat “Cable Management ( Susunan Kabel )” dengan betul supaya aliran elektrik dapat mengalir dengan betul dan tiada Spark (percikan) yang berlaku. Dan jangan lupa untuk tagging kabel anda supaya memudahkan anda melakukan maintenance.
Susunan kabel yang kemas dan teratur adalah faktor yang boleh menyebabkan jangka hayat kabel anda bertahan dengan lama. Jika berserabut dan tidak kemas akan menyebabkan kabel anda bersimpul. Kabel yang bersimpul boleh menyebabkan kerosakkan dalaman kabel.
Sila Pastikan Input/Output kabel dipasang pada socket yang sepatutnya bagi mengelakkan kerosakkan pada equipment anda. Dan yang paling penting, Positif dan Negetif pada kabel hendaklah di pair dengan warna yang sama.
━━━━━━━━━━━━━
3. PENGGUNAAN KABEL CASING
Kabel casing adalah pelindung kabel yang terdedah daripada bahaya seperti panas,hujan, dan benda asing. InshaaAllah, dengan adanya kabel casing ataupun “conduit” ini, ia dapat membantu memelihara kabel untuk tahan lebih lama.
━━━━━━━━━━━━━
NAK TAHU CERITA LANJUT? jom tonton video ini
━━━━━━━━━━━━━
Semoga perkongsian kami ini dapat membantu memperjelas apa masalah sebenar yang hadapi di masjid dan surau tuan tuan.
“Memberi Solusi Audio Visual Terbaik Tanpa MEMBAZIR, insya-Allah.”