Panduan Mendirikan Solat Jumaat di Setiap Negeri
Assalamualaikum semua..
Kita dah pun masuk 10 hari terakhir di bulan Ramadhan dan pastinya ramai antara kita yang merindui kemeriahan solat berjemaah di surau dan masjid.
Di sini kami kongsikan panduan mendirikan solat jumaat berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama dan Pejabat Mufti Negeri masing-masing.
Buat masa sekarang, kebanyakan negeri membenarkan pegawai juga kariah masjid dan surau jumaat untuk melakukan solat jumaat secara berjemaah mengikut peraturan yang sudah pun ditetapkan.
Semoga kita semua diberi kesempatan untuk melakukan solat berjemaah di surau dan masjid di masa akan datang.
Untuk update dari semasa ke semasa, anda boleh terus merujuk kepada Jabatan Agama dan juga Pejabat Mufti negeri masing-masing.
Kami di pasystemmasjid.com berharap agar anda semua sentiasa menjaga keselamatan dan kebersihan diri walau di mana anda berada. Sentiasa jaga jarak anda dan amalkan langkah-langkah keselamatan sepanjang berada di luar rumah.
afepasistem #surau #masjid #solatjumaat #pkp #stayathome #dudukdirumah #kitajagakita #alunanfirdausi #afe